Makna di sebalik logo



Bulan dan bintang di puncak dunia:
Agama Islam merupakan teras seni persilatan ini.
Kendi air:
Simbolik kepada falsafah Gayong yang mengutamakan kesatuan antara ahli.
Seekor naga:
Melambangkan kekuatan di air.Ekor naga yang hampir mencecah kepalanya dan mengelilingi dunia menjadi simbolik bahawa Gayong akan dikenali di seluruh dunia.
Harimau:
Melambangkan kekuatan di darat.
Dua keris yang bersilang:
Melambangkan semangat Tuah dan Jebat yang perlu dimiliki oleh setiap murid Gayong.
Pedang Zulfakar
Semangat perjuangan Rasulullah dan para sahabat yang perlu dicontohi oleh semua murid Gayong.
Selepang kebesaran Gayong:
Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat.